Istana Jahar telah dibina pada tahun 1855 oleh Sultan Muhammad II untuk dikurniakan kepada cucundanya yang bernama Long Kundur. Bangunan istana ini mempunyai portecochere berbentuk pentagon dengan balkoni lantai pertama dari mana-mana anggota keluarga diraja dapat menyaksikan upacara yang diadakan di hadapan istana.
Istana Jahar kini dijadikan muzium diraja dengan nama Muzium Adat Istiadat yang telah disempurnakan oleh Al-Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 27 Julai 1992 yang mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang.
Di sini juga dipamerkan berbagai jenis Adat Istiadat Diraja Kelantan sejak zaman berzaman. Selain daripada itu, turut dipamerkan juga jenis-jenis tekstil, alat perhiasan diri, pakaian dan barang-barang tembaga untuk tontonan umum generasi kini dan akan datang. Bangunan ini sendiri telah melambangkan senireka bangunan dan hiasan istana kesultanan Kelantan yang terkenal.
Pada bahagian belakang bangunan istana ini terletak Balai Senjata yang mempamerkan alat-alat senjata lama Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik, kelewang dan lain-lain.
Bayaran Masuk
RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Manakala pengunjung antarabangsa pula bayarannya ialah RM4 untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
Istana Jahar was built in 1855 by Sultan Muhammad II to be gifted to his grandson named Long Kundur. The palace has a pentagon-shaped portecochere with a first floor balcony from which any member of the royal family can witness the ceremonies held in front of the palace.
Istana Jahar is now a royal museum with the name Muzium Adat Istiadat which was completed by Al-Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra on 27 July 1992 which displays the history of the Kelantan sultanate from early times to the current reign of the Sultan of Kelantan.
Here are also displayed various types of Kelantan Royal Customs since time immemorial. Apart from that, also on display are types of textiles, personal adornment, clothing and brass items for the general viewing of current and future generations. This building itself has symbolized the famous building and decoration of the Kelantan sultanate palace.
At the back of the palace building is the Weapons Hall which displays the old weapons of the State of Kelantan such as daggers, spears, badik, kelewang and others.
Entrance fee
RM2 for adults and RM1 for children. Meanwhile, international visitors pay RM4 for adults and RM2 for children.