Panduan Memasukkan Premis/Organisasi Di Dalam Direktori MyKelate

Panduan Memasukkan Premis/Organisasi Di Dalam Direktori MyKelate

Berikut adalah panduan untuk mendaftar dan memasukkan premis atau organisasi anda di dalam direktori Portal MyKelate dan aplikasi mobile MyKelate.

Daftar terlebih dahulu (sekiranya belum berdaftar) dengan klik pada butang “Register

Kemudian masukkan maklumat yang diperlukan seperti emel yang sah dan kata laluan. Klik pada kotak “I agree to the Privacy Policy”, “I agree to the terms and Conditions” dan “I’m not a robot”. Klik butang Register setelah selesai.

Jika pendaftaran anda berjaya, anda akan menerima notifikasi untuk mengaktifkan pautan yang telah diemelkan kepada anda.

Buka emel tersebut dan semak di dalam folder inbox/spam/junk. Klik pautan pengaktifan emel tersebut.

Setelah pengaktifan berjaya, anda akan nampak butang “Become an author”. Klik pada butang tersebut.

Sekali lagi klik pada kotak “I agree to the Privacy Policy” dan “I agree to the Terms and Conditions”. Kemudian tekan butang Submit.

Klik butang “Take me to the Add Listing page”

Pilih kategori yang berkenaan.

  1. Add listing – pasaraya, masjid, surau, intitusi Pendidikan, institusi kerajaan, taman, tempat-tempat menarik dan lain-lain.
  2. Add event – acara/peristiwa yang akan berlaku
  3. Restaurant – gerai makan, restoran, outlet makanan segera & seumpamanya
  4. Add house – hotel, homestay, rumah sewa & seumpamanya.

Setakat ini, MyKelate belum mengenakan apa-apa bayaran. Oleh itu, anda hanya perlu klik pada butang “Get now”

Masukkan maklumat wajib (bertanda *) berkenaan premis/organisasi yang ingin anda masukkan ke dalam direktori MyKelate.

  1. Title – nama premis/tempat/perniagaan anda
  2. Logo – muat naik logo anda
  3. Cover Image – muat naik gambar paparan depan
  4. Listing Content – maklumat berkenaan premis/organisasi anda
  5. Select Region – Jajahan premis/organisasi anda berada
  6.  Latitud & Longitud – Koordinat premis/organisasi anda. Rujuk Google Maps
  7. Category – pilih kategori premis anda
  8. Gallery – muat naik gambar berkaitan

Kemudian klik “Save & Preview”.

Setelah puas hati dengan paparan Preview, anda boleh lah klik “Submit Listing”

Setelah pihak admin MyKelate mengesahkan maklumat anda dan tidak melanggar peraturan, barulah premis/organisasi anda akan dipaparkan di dalam laman MyKelate.

Tags: ,
Leave your comment