Kompleks Kota Darulnaim

Kompleks Kota Darulnaim

Average Reviews

Description

Ikuti MyKelate di media sosial berikut :

Kompleks Kota Darulnaim adalah sebuah kompleks Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dan menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan. Kompleks yang terletak di Kampung Puteh, Jalan Kota Bharu – Kuala Krai ini mempunyai keluasan seluas 12 hektar.

Sejarah

Pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20, tugas-tugas kesetiausahaan seperti menulis surat-surat DiRaja dan surat-surat rasmi kerajaan telah dilaksanakan oleh “Semian" (Tok Semian). Perkataan “Semian" berasal dari bahasa Siam yang bermakna “jurutulis". 

Di akhir abad ke-19 pejabat Semian terletak di bangunan panjang yang diperbuat daripada kayu di hadapan Istana Balai Besar dan dikenali sebagai “Opis Panjang" yang dibina pada awal pemerintahan Sultan Mansor (1891 – 1899).

Di awal pemerintahan Sultan Muhammad IV (1899 – 1920) telah dibina sebuah bangunan kayu berbentuk empat persegi yang dikenali sebagai “Opis Pohon Celagi". Pejabat Setiausaha Kerajaan juga pernah ditempatkan di Bangunan Takdir, Jalan Sultan Ibrahim, di sebelah Pejabat Pos Lama, Kota Bharu.

Semasa Pendudukan Jepun dalam tahun 1942, Pejabat Setiausaha Kerajaan telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Hospital/Jalan Doktor. 

Setelah siapnya bangunan baru di Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai maka pada bulan Mac 1987, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan mulai ditempatkan di Kompleks Kota Darulnaim.

Informasi
Alamat 15503 Kota Bharu, Kelantan
Tel +6097481957
Faks
Emel [email protected]
Web https://www.kelantan.gov.my

Kompleks Kota Darulnaim is a complex of the State Secretary Building and is the administrative center of the Kelantan State Government. The complex located in Kampung Puteh, Jalan Kota Bharu – Kuala Krai has an area of 12 hectares.

History

In the 19th century to the beginning of the 20th century, secretarial duties such as writing Royal letters and official government letters were carried out by “Semian" (Tok Semian). The word “Semian" comes from the Siamese language which means “scribe". 

At the end of the 19th century, Semian's office was located in a long building made of wood in front of Istana Balai Besar and known as “Opis Panjang" which was built at the beginning of Sultan Mansor's reign (1891 – 1899).

At the beginning of the reign of Sultan Muhammad IV (1899 – 1920) a square wooden building known as the “Opis Pohon Celagi" (“Celagi Tree Office") was built. The Government Secretary's Office was also once located at Bangunan Takdir, Jalan Sultan Ibrahim, next to the Old Post Office, Kota Bharu.

During the Japanese Occupation in 1942, the Government Secretary's Office was moved to a new building on Jalan Hospital/Jalan Doktor. 

After the completion of the new building in Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai then in March 1987, the Kelantan State Secretary's Office began to be located in Kompleks Kota Darulnaim.

Information
Address 15503 Kota Bharu, Kelantan
Tel +6097481957
Fax
Email [email protected]
Web https://www.kelantan.gov.my

Photos

Today Closed UTC+8

08:00 AM - 05:00 PM
  • Monday
    08:00 AM - 05:00 PM
  • Tuesday
    08:00 AM - 05:00 PM
  • Wednesday
    08:00 AM - 05:00 PM
  • Thursday
    08:00 AM - 03:30 PM
  • Friday
    Day Off
  • Saturday
    Day Off
  • Sunday
    08:00 AM - 05:00 PM

Categories

Map

Author

Claim Listing

Is this your business?

Claim listing is the best way to manage and protect your business.