Pengkalan Kubor telah diwartakan sebagai kawasan bebas cukai. Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor merupakan kawasan membeli belah yang terbesar di Jajahan Tumpat. Kawasan bebas cukai ini bersempadan dengan Kuala Tak Bai iaitu kawasan sempadan dengan Thailand. Bersebelahan dengan kawasan bebas cukai ini terdapat pejabat imigresen dan pejabat kastam.
Zon ini menawarkan pelbagai jenis barangan seperti pakaian, kasut, aksesori elektronik, barangan keperluan harian dan banyak lagi.
Zon ini juga mempunyai kemudahan-kemudahan yang lengkap bagi pengunjung. Terdapat bank, restoran dan kafeteria yang menyediakan pelbagai jenis makanan, khidmat pos dan banyak lagi.
Pengkalan Kubor has been gazetted as a duty free area. Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor (Pengkalan Kubor Duty Free Zone) is the largest shopping area in Jajahan Tumpat. This duty-free area borders Kuala Tak Bai, which is the border area with Thailand. Adjacent to this duty free area is the immigration office and the customs office.
This zone offers a wide variety of goods such as clothes, shoes, electronic accessories, daily necessities and more.
This zone also has complete facilities for visitors. There are banks, restaurants and cafeterias that provide a variety of food, postal services and more.