Umum mengetahui bahawa negeri Kelantan ini cukup kaya dengan seni budayanya. Cara terbaik untuk mendalami keunikan budaya negeri ini adalah dengan melawati Muzium Kraftangan dan Kampung Kraftangan yang terletak di Jalan Merbau.
Bangunan Muzium Kraftangan ini dibina pada 9 Mac 1991 dan dikenali dengan Kampung Kraftangan. Muzium Kraftangan ini telah dirasmikan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan pada 27 Julai 1991. Koleksi-koleksi yang dipamerkan di sini termasuklah anyaman beraneka jenis, pelbagai jenis kain batik dan juga kain songket dan sulaman. Bangunan muzium ini adalah sangat istimewa dari segi rekabentuk tradisional dengan menggunakan ukiran bunga. Bahan-bahan yang digunakan untuk menyiapkan Muzium Kraftangan ini adalah terdiri daripada buluh, kayu, atap dan sebagainya. Di sinilah tempat hasil seni buatan tangan masyarakat Kelantan dikumpulkan. Di antara matlamat utama penubuhan Muzium Kraftangan ini ialah untuk memperkenalkan sejarah dan seni kraftangan masyarakat Kelantan melalui pameran.
Anda akan dapat melihat demonstrasi bagaimana kain songket dihasilkan, pembuatan wau, melihat ukiran tradisional, cara membuat barangan perak, cuba mencanting batik sendiri dan banyak lagi!
It is well known that Kelantan is rich in cultural arts. The best way to experience the uniqueness of Kelantan's culture is to visit the Muzium Kraftangan dan Kampung Kraftangan (Handicraft Museum and Handicraft Village) located on Jalan Merbau.
The Handicraft Museum building was built on March 9, 1991 and is known as Kampung Kraftangan. The Handicraft Museum was inaugurated by Her Royal Highness the Queen of Kelantan on 27 July 1991. The collections exhibited here include various types of weaving, various types of batik cloth and also songket cloth and embroidery. This museum building is very special in terms of traditional design using flower carvings. The materials used to complete this Handicraft Museum are bamboo, wood, roofing and so on. This is where the handmade art of the Kelantan community is collected. One of the main goals of the establishment of this Handicraft Museum is to introduce the history and handicraft art of the Kelantan community through exhibitions.
You will find demonstrations on how songket fabric is made, wool manufacture, traditional carving, how to make silverware, try to paint your own batik and more!