Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 berikutan penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di seluruh Negara dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Penyusunan semula tersebut dibuat bertujuan bagi mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih cekap, berkemampuan serta memainkan peranan yang lebih aktif di dalam menentukan hala tuju pembangunan, perancangan dan pelaksanaan pembangunan bandar umumnya.
MDKK mempunyai keluasan kawasan seluas 129.49 persegi. Ianya meliputi sebahagian besar Daerah Batu Mengkebang yang mana melibatkan kampung-kampung berikut iaitu Kg. Keroh, Kg. Bukit Sireh, Kg. Batu Jong, Kg. Batu Lada, Kg. Kenor, Kg. Batu Balai, Kg. Gatal, Kg. Tualang, Kg. Bekok, Kg. Pahi, Kg. Telekong, Kg. Kuala Nal dan sebahagian dari Rancangan Kemajuan Tanah KESEDAR iaitu RKT Mengkebang, RKT Temalir dan RKT Sungai Pas. Walau bagaimanapun, kawasan operasi Majlis Daerah Kuala Krai ialah hanya 50km persegi yang meliputi bandar Kuala Krai, Guchil, Kg Bukit Sireh, Pahi dan Tualang.
Alamat
KM 1, Jalan Kuala Krai – Gua Musang, 18000 Kuala Krai, Kelantan
The Kuala Krai District Council (MDKK) was established on 1 January 1979 following the reorganization of Local Authorities throughout the country under the Local Government Act 1976 (Act 171). The reorganization was made with the aim of creating a more efficient, capable administrative system as well as playing a more active role in determining the direction of development, planning and implementation of urban development in general.
MDKK has an area of ​​129.49 square meters. It covers most of the Batu Mengkebang District which involves the following villages namely Kg. Keroh, Kg. Bukit Sireh, Kg. Batu Jong, Kg. Batu Lada, Kg. Kenor, Kg. Batu Balai, Kg. Gatal, Kg. Tualang, Kg. Bekok, Kg. Pahi, Kg. Telekong, Kg. Kuala Nal and part of the KESEDAR Land Development Plan namely RKT Mengkebang, RKT Temalir and RKT Sungai Pas. However, the operational area of ​​the Kuala Krai District Council is only 50 square kilometers which covers the towns of Kuala Krai, Guchil, Kg Bukit Sireh, Pahi and Tualang.
Address
KM 1, Jalan Kuala Krai – Gua Musang, 18000 Kuala Krai, Kelantan