Majlis Daerah Machang (MDM) adalah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan yang telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 dibawah akta Kerajaan Tempatan 1976 (akta 171). Sebelum itu ia menggabungkan tiga Majlis Tempatan iaitu Lembaga Bandaran Machang, Majlis Tempatan Temangan dan Majlis Tempatan Pulai Chondong. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Machang sekarang merangkumi kawasan seluas lebih kurang 130 km persegi daripada 545 km persegi keluasan Jajahan/Daerah Machang.Majlis Daerah Machang berfungsi sebagai satu pentadbiran yang merupakan kuasa ketiga selepas Kerajaan Pusat dan Negeri. Ianya bertanggungjawab dalam segala aspek pembangunan seperti ekonomi, politik dan sosial tempatan.
The Machang District Council (MDM) is a Kelantan State Local Authority that was established on January 1, 1979 under the Local Government Act 1976 (Act 171). Before that it combined three Local Councils namely Machang Town Council, Temangan Local Council and Pulai Chondong Local Council. The administrative area of the Machang District Council now covers an area of approximately 130 square km out of the 545 square km area of the Machang Colony/District. The Machang District Council functions as an administration which is the third power after the Central and State Governments. It is responsible for all aspects of local economic, political and social development.