Majlis Daerah Tumpat (MDT) adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuh pada 1 Januari 1979 berikutan suatu keputusan dibuat oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dalam tahun 1973 berhasrat supaya pihak-pihak berkuasa tempatan dalam Semenanjung Malaysia dibuat penyusunan semula. Penyusunan semula Penguasa-penguasa Tempatan ini dibuat adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan, Akta 171 tahun 1976. Sebenarnya sistem Kerajaan Tempatan di Negeri Kelantan Darul Naim ini telah lama wujud ianya bermula sejak tahun 1907 dengan penubuhan ‘Sanitory Board' di beberapa kawasan di bawah undang-undang ‘Sanitory Board' tahun 1907. Tumpat seiring dengan Kota Bharu dan Pasir Mas merupakan tiga buah jajahan yang mula-mula diletakkan di bawah kawalan ‘Sanitory Board' dengan tugas-tugas utama kebersihan, pungutan sampah dan lampu-lampu jalan pada tahun 1914.
Dalam penyusunan semula Penguasa-penguasa Tempatan yang telah sedia ada sebelum tahun 1979 iaitu Lembaga Bandaran Tumpat yang wujud dalam tahun 1955 dan Majlis Tempatan Wakaf Bharu dengan beberapa kawasan baru yang terletak di luar daripada dua penguasa tempatan tersebut menjadikan satu penguasa tempatan yang diberi nama Majlis Daerah Tumpat seperti namanya pada hari ini.
Informasi
Alamat
Jalan Tanjung Kuala, 16200 Tumpat, Kelantan Darul Naim
The Tumpat District Council (MDT) is a State Statutory Body established on 1 January 1979 following a decision made by the National Council for Local Government in 1973 to reorganize the local authorities in Peninsular Malaysia. The reorganization of these Local Authorities is based on the Local Government Act, Act 171 of 1976. In fact, the Local Government system in the State of Kelantan Darul Naim has been in existence for a long time, it started in 1907 with the establishment of 'Sanitary Board' in several areas under the law the 'Sanitary Board' law in 1907. Tumpat along with Kota Bharu and Pasir Mas are the three colonies that were first placed under the control of the 'Sanitary Board' with the main duties of cleanliness, garbage collection and street lights in 1914.
In the reorganization of the existing local authorities before 1979, namely the Tumpat Town Council that existed in 1955 and the Wakaf Bharu Local Council with some new areas located outside of the two local authorities, one local authority was named the Tumpat District Council as it is called today.
Information
Address
Jalan Tanjung Kuala, 16200 Tumpat, Kelantan Darul Naim