Masjid Muhammadi adalah masjid negeri bagi Negeri Kelantan Darul Naim. Ia dibina pada tahun 1867 daripada kayu terpilih semasa pemerintahan Sultan Muhammad II (1830-1886). Pengubahsuaian masjid ini dari bangunan kayu menjadi bangunan batu gaya Barat (Inggeris) baru dibuat pada tahun 1922 dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail pada hari Jumaat 31 Julai 1931 dan menamakan Masjid Muhammadi.
Pengubahsuaian dan penambahan bangunan Masjid telah dilakukan beberapa kali misalnya pada tahun 1959, 1968, 1976 dan 1987. Pada masa ini keseluruhan bangunan Masjid seluas 10,600 kaki persegi, dapat menampung 2,400 orang jemaah. Secara berperingkat (1860-1960-an) masjid ini merupakan Pusat Pengajian Islam yang terkenal.Â
Antara guru yang pernah mengajar di masjid ini ialah Hj. Abdul Rahman Arab, Hj. Wan Abdullah, Hj. Che Samat, Hj. Nik Wan Daud, Hj. Wan Muhammad Gagah, Sheikh Daud al-Fatoni dan Tok Kenali yang terkenal.Â
Ia ditadbir oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Masjid ini adalah tempat untuk meraikan perayaan keagamaan Negeri Kelantan seperti Maulidur Rasul, Isra ‘Mikraj dan lain-lain.Â
Masjid negeri ini bukan hanya bangunan seni bina dan bersejarah, juga menarik minat para jemaah dan pelancong untuk mengunjunginya dari awal hingga sekarang.
Ia adalah masjid yang ‘mesra-mesra’ dan menarik hati orang muda untuk memasukinya. Dengan reka bentuk masjid yang terbuka juga menjadikan keadaan selesa untuk menunaikan ibadah dan sebagai tempat berehat setelah sibuk bekerja.
Masjid Muhammadi is a state mosque for the State of Kelantan Darul Naim. It was built in 1867 from selected timbers during the reign of Sultan Muhammad II (1830-1886). The renovation of this mosque from a wooden building to a new Western-style (British) stone building was made in 1922 and was inaugurated by KDYMM Sultan Ismail on Friday 31st July 1931 and named the Masjid Muhammadi.
The renovations and additions to the Mosque building have been carried out several times for example in 1959, 1968, 1976 and 1987. At present the entire Mosque building is 10,600 square feet, accommodating 2,400 worshippers. In the stages (1860s-1960s) this mosque is a well-known Islamic Centre for Studies.Â
Among the teachers who had been teaching at this mosque were Hj. Abdul Rahman Arab, Hj. Wan Abdullah, Hj. Che Samat, Hj. Nik Wan Daud, Hj. Wan Muhammad Gagah, Sheikh Daud al-Fatoni and the famous Tok Kenali.Â
It is governed by the Islamic Religious Council and the Malay Customs of Kelantan. This mosque is a place to celebrate Kelantan State religious celebrations such as Maulidur Rasul, Isra ‘Mikraj and others.Â
This state mosque is not only an architectural and historical building, it also attracts the interest of pilgrims and travelers to visit it from the very beginning to the present.
It is a ‘friendly-friendly’ mosque and attracts the hearts of the young to enter it. With the open design of the mosque it also makes the situation comfortable to perform worship and as a place to rest after busy working.