Penduduk Dan Isi Rumah Kelantan
Jumlah penduduk Negeri Kelantan dianggarkan meningkat melebihi 2 kali ganda dari 707.30 ribu orang pada tahun 1970 kepada 1906.70 ribu orang pada tahun 2020.
Bilangan penduduk perempuan melebihi lelaki sejak tahun 1970-2001 (1970: Lelaki = 351.3 ribu, Perempuan = 356.0 ribu), walau bagaimanapun bilangan penduduk lelaki telah mengatasi bilangan penduduk perempuan bermula pada tahun 2003-2020e (2020e: Lelaki = 963.9 ribu, Perempuan = 942.8 ribu). Nisbah jantina adalah 99 lelaki per 100 wanita pada tahun 1970, berbanding 102 lelaki per 100 wanita pada tahun 2020.
Manakala kadar pertumbuhan penduduk yang tertinggi adalah pada tahun 1991, iaitu 3.3%, namun begitu kadar tersebut terus menurun sehingga tahun 2020e kepada 1.2%.
Struktur Dan Piramid Penduduk
Piramid penduduk Negeri Kelantan berbentuk progresif pada tahun 2010 dan dijangka kekal sehingga tahun 2040. Piramid progresif menggambarkan kadar kelahiran yang tinggi, manakala kadar kematian bayi pula adalah rendah. Jumlah penduduk muda yang ramai akan menjadi aset bagi tenaga buruh pada masa akan datang manakala jangka hayat bagi warga emas dianggarkan semakin meningkat pada tahun 2040.
Peratus Penduduk Mengikut Kumpulan Umur
Peratusan penduduk berumur 0-14 tahun (umur muda) semakin menurun dari 34.0% pada tahun 2010 kepada 29.6% pada tahun 2020. Keadaan sebaliknya berlaku bagi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja), di mana peratusannya semakin meningkat dari 60.5% pada tahun 2010 kepada 63.8%. Begitu juga bagi penduduk berumur 65 tahun dan lebih yang turut meningkat dari 5.5% kepada 6.6% dalam tempoh yang sama. Situasi ini menggambarkan jangkaan hayat warga tua yang semakin meningkat disebabkan oleh keberkesanan peningkatan taraf kesihatan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Peningkatan umur penengah dari 22.3 pada tahun 2010 ke 25.3 pada tahun 2020 didorong oleh peningkatan komposisi penduduk umur bekerja dan umur tua.
Kelahiran Dan Kematian
Kadar Kelahiran Kasar (CBR)
- CBR lelaki adalah melebihi perempuan iaitu 21.3% berbanding 20.0%
- CBR tertinggi adalah di Jajahan Pasir Puteh iaitu 22.9%
* Kadar adalah bagi setiap 1000 penduduk
Kadar Kematian Kasar (CDR)
- CDR lelaki adalah melebihi perempuan iaitu 6.7% berbanding 5.4%
- CDR tertinggi adalah di Jajahan Pasir Puteh iaitu 7.3%
* Kadar adalah bagi setiap 1000 penduduk
Kesuburan Dan Jangka Hayat
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR)
- TFR Negeri Kelantan yang mencatatkan nilai 3.0% pada tahun 2018 masih berada di atas paras penggantian 2.1. Ini menunjukkan bahawa purata bilangan bayi oleh seorang wanita sepanjang tempoh kesuburannya mencukupi untuk menggantikan dirinya dan pasangannya.
- Purata umur ibu pada kelahiran hidup pertama juga semakin meningkat dari 27.5 pada tahun 2017 kepada 27.6 pada tahun 2018.
* Kadar adalah bagi setiap 1000 perempuan yang berumur 15-49 tahun
Jangkaan Hayat
- Jangkaan Hayat Ketika Lahir bagi lelaki lebih rendah daripada perempuan, iaitu masing-masing 69.6 tahun dan 76.2 tahun (jurang perbezaan jangka hayat ialah 6.6 tahun) pada tahun 2020.
- Seorang lelaki pada umur 15 tahun dijangka hidup selama 55.5 tahun lagi dan perempuan selama 62.0 tahun lagi.
Evolusi Urbanisasi
Bilangan penduduk di luar bandar melebihi penduduk di bandar pada tahun 2010-2018. Walau bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku bermula pada tahun 2019, di mana bilangan penduduk bandar telah melebihi penduduk luar bandar, iaitu masing-masing 972.5 ribu orang dan 949.3 ribu orang. Kadar ini terus meningkat kepada 1,010.1 ribu orang pada tahun 2020 seiring dengan pembangunan negara.
Merah – Bandar | Hijau – Luar Bandar
Migrasi Penduduk
Sebahagian besar migran masuk ke Kelantan berasal dari Selangor (3,600 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,900) orang pada tahun 2018.
Nota :
- Tidak termasuk migrasi dari Malaysia ke negara lain
- Menunjukkan bilangan penduduk yang bertambah bagi setiap 100 orang migrasi kasar
Warga Tua Dan Penuaan
Berdasarkan kriteria United Nations, Kelantan akan menjadi negeri menua pada tahun 2023 apabila penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai 7% daripada jumlah penduduk.
Nota Kaki :
P – Permulaan
e – Anggaran
Rujukan :
Leave your comment
You must be logged in to post a comment.