Tahun Melawat Kelantan TMK2024

Tahun Melawat Kelantan TMK2024

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan memperuntukkan sebanyak RM3.3 juta bagi menjayakan Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK2024) dalam untuk memacu pembangunan sosioekonomi negeri sepanjang tahun ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, peruntukan berkenaan akan digunakan untuk merancakkan program pada tahun ini dengan memaparkan keaslian seni budaya dan warisan masyarakat tempatan.

Menurutnya, usaha berkenaan akan digerakkan melalui penganjuran program bertaraf antarabangsa dengan adanya penglibatan serta kerjasama dari negara-negara Asia, Eropah dan Timur Tengah.

“Sehubungan itu kerajaan negeri memberi fokus utama bagi menggerakkan usaha secara bersepadu ke arah kejayaan merealisasikan hasrat supaya Kelantan menjadi destinasi utama pelancong di rantau ini".

“Kerajaan negeri sedar dan yakin Kelantan mampu menjadi penyumbang terbesar kepada industri pelancongan negara", katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran TMK2024 di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

20240225 MyKelate Pelancaran TMK2024

Sumber Foto : FB Page Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh

Terdahulu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah berkenan mencemar duli untuk melaksanakan tiga paluan gong bagi menyempurnakan pelancaran TMK2024.

Mengulas lanjut, Mohd. Nassuruddin memberitahu, beliau optimis TMK2024 dengan tema ‘Family, Food and Festival’ akan mencapai sasaran 10 juta pelancong dan pelawat.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Tags: , ,
Leave your comment