Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB) merupakan sebuah jabatan Kerajaan Negeri yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Lokasi Jajahan Kota Bharu disempadani oleh Jajahan Pasir Mas di sebelah barat, Jajahan Tumpat di sebelah Utara, Jajahan Bachok di sebelah Timur dan Jajahan Machang di sebelah Selatan.
Pentadbiran Jajahan Kota Bharu merangkumi 14 buah daerah (Penggawa), 131 buah mukim (Penghulu) dan 601 buah kampung. 14 Daerah Penggawa iaitu Pendek, Kubang Kerian, Kemumin, Peringat, Badang, Panji, Banggu, Salor, Limbat, Ketereh, Kadok, Sering, Beta dan Kota.
PTJKB mula beroperasi sejak tahun 1904 hasil daripada keputusan persidangan pertama Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang mendapat perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Kelantan (Sultan Muhammad ke IV).
Pejabat ini diketuai oleh seorang Ketua Jajahan yang juga memangku sebagai Majistret dan Pentadbir Tanah dan Jajahan. Pada keseluruhannya PTJKB mempunyai seramai 143 orang kakitangan.
Lokasi PTJKB terletak di pusat bandar Kota Bharu yang juga merupakan nadi pusat pentadbiran Negeri Kelantan.
The Kota Bharu Land and District Office (PTJKB) is a State Government department located under the administration of the Kelantan State Secretary's Office. The location of Jajahan Kota Bharu is bordered by Jajahan Pasir Mas on the west side, Jajahan Tumpat on the north side, Jajahan Bachok on the east side and Jajahan Machang on the south side.
The administration of Kota Bharu District includes 14 region (Penggawa), 131 mukims (Penghulu) and 601 villages. 14 Penggawa region namely Pendek, Kubang Kerian, Kemumin, Peringat, Badang, Panji, Banggu, Salor, Limbat, Ketereh, Kadok, Sering, Beta and Kota.
PTJKB started operating since 1904 as a result of the results of the first meeting of the State Government Meeting which received the approval of His Majesty the King of Kelantan (Sultan Muhammad IV).
This office is headed by a District Officer who also acts as a Magistrate and Land and District Administrator. PTJKB has a total of 143 employees.
The location of PTJKB is located in the city center of Kota Bharu which is also the heart of the administrative center of the State of Kelantan.