1

Total Items 1

Masjid Muhammad Ahmadi

Masjid Muhammad Ahmadi Claimed

Average Reviews

Description

Ikuti MyKelate di media sosial berikut :

Masjid Muhammad Ahmadi, Kg Pintu Geng telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Muhammad bin Lebai Ahmad Al-Kelantani. 

Pada awalnya, Tuan Guru Haji Muhammad bin Lebai Ahmad Al-Kelantani ingin mendirikan Masjid Mukim Pintu Geng bersebelahan rumah beliau dan pusat pondok yang diasaskannya. Namun pihak Majlis Ugama Islam tidak dapat memberi kebenaran dengan alasan jarak yang dekat Masjid Bunut Payung.

Walaupun tidak kesampaian, tapak itu telah dibina sebuah Madrasah (Balaisah) khususnya untuk kegunaan pelajar pondoknya dan penduduk sekitar. Madrasah itu telah dirombak setelah berlaku pembesaran jalanraya sekitar tahun 1965

Pada pertengahan tahun 70an madrasah ini telah diubahsuai lagi oleh anak kepada Tuan Guru Haji Muhammad iaitu Tuan Haji Abdul Rahman yang juga merupakan bilal bagi Masjid Mukim Pintu Geng ketika itu.

Pada awal tahun 80an, Tuan Guru Haji Daud (bekas Imam Masjid Mukim Pintu Geng) telah mengambil daya usaha untuk penambahbaikan Madrasah ini dan telah dijadikan masjid kecil yang kemudiannya diberi nama sebagai Masjid Muhammad Ahmadi sampailah ke hari ini.

Informasi
Alamat Jalan Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan
Tel
Faks
Emel
Web https://mm-ahmadi-pg.blogspot.com/

The Muhammad Ahmadi Mosque, Kg Pintu Geng was founded by Tuan Guru Haji Muhammad bin Lebai Ahmad Al-Kelantani. 

In the beginning, Tuan Guru Haji Muhammad bin Lebai Ahmad Al-Kelantani wanted to establish the Mukim Pintu Geng Mosque next to his house and the Islamic study center he founded. However, the Islamic Religious Council could not give permission due to the proximity of the Bunut Payung Mosque.

Although the wish was not fulfilled, the site has been built a Madrasah (Balaisah) especially for the use of its students and the surrounding residents. The madrasah was renovated after the expansion of the road around 1965

In the mid-70s this madrasah was renovated again by Tuan Guru Haji Muhammad's son Tuan Haji Abdul Rahman who was also the bilal of the Mukim Pintu Geng Mosque at that time.

In the early 80s, Tuan Guru Haji Daud (former Imam of Mukim Pintu Geng Mosque) took the effort to improve this Madrasah and it was turned into a small mosque which was later named as Muhammad Ahmadi Mosque until today.

Information
Address Jalan Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan
Tel
Fax
Email
Web https://mm-ahmadi-pg.blogspot.com/

Photos