Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas (PTJPM) merupakan sebuah jabatan Kerajaan Negeri yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Jajahan Pasir Mas disempadani oleh Jajahan Tumpat di sebelah utara, Jajahan Tanah Merah di sebelah Selatan manakala Jajahan Kota Bharu di sebelah Timur dan di sebelah Barat bersempadan dengan Thailand. Disebabkan lokasi geografinya, Jajahan Pasir Mas menjadi pintu masuk utama dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia ke negara Thailand.
Terdapat 10 buah daerah dibawah pentadbiran Jajahan Pasir Mas yang merangkumi 40 buah Mukim Tanah dan 83 Mukim Penghulu. Daerah Penggawa terdiri daripada daerah Alor Pasir, Bunut Susu, Chetok, Gual Periuk, Kangkong, Kubang Gadong, Kubang Sepat, Lemal, Pasir Mas dan Rantau Panjang. Keluasan Jajahan Pasir Mas adalah 57,800 hektar atau 614.15 Kilometer persegi, iaitu 3.9 peratus dari keluasan Negeri Kelantan.
Informasi
Alamat
Kompleks Apam Putra, Bandar Baru Pasir Mas Lubok Jong, 17000 Pasir Mas, Kelantan
The Pasir Mas Land and District Office (PTJPM) is a State Government department located under the administration of the Kelantan State Secretary's Office. Pasir Mas District is bordered by Tumpat District in the north, Tanah Merah District in the South while Kota Bharu District in the East and the West border with Thailand. Due to its geographical location, Pasir Mas District is the main gateway from the East Coast of Peninsular Malaysia to the country of Thailand.
There are 10 regions under the administration of Pasir Mas District which includes 40 Tanah Mukims and 83 Penghulu Mukims. Penggawa region consists of Alor Pasir, Bunut Susu, Chetok, Gual Periuk, Kangkong, Kubang Gadong, Kubang Sepat, Lemal, Pasir Mas and Rantau Panjang region. The area of Pasir Mas District is 57,800 hectares or 614.15 square kilometers, which is 3.9 percent of the area of Kelantan State.
Information
Address
Kompleks Apam Putra, Bandar Baru Pasir Mas Lubok Jong, 17000 Pasir Mas, Kelantan