Pengenalan Kelantan

Pengenalan Kelantan

Kelantan Darul Naim (ejaan jawi : ‏کلنتن دار النعيم‎‎) atau nama pendeknya Kelantan (sebutan Melayu Kelantan : Klatè / klɑːˈtɛ/) merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli tempatan. Kelantan yang dikenali sebagai Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu adalah berasal daripada perkataan “kilatan” atau “kelam hutan” atau “gelam hutan” (Melaleuca Leucadendron). Negeri ini merupakan salah sebuah negeri yang tertua di Semenanjung Malaysia dan dipercayai telah diduduki sejak zaman prasejarah lagi dengan penemuan barang purba seperti kapak batu dan bahan-bahan tembikar di Gua Cha, di tebing barat Sungai Nenggiri. Kelantan pada awalnya diperintah oleh raja perempuan pertama bergelar “Seri Maharaja Puteri” iaitu Cik Siti Wan Kembang, diikuti oleh Puteri Saadung (anak angkat Cik Siti Wan Kembang) dan raja-raja seterusnya. mykelate gambar lama bandar kota bharu Kelantan yang mempunyai keluasan 15,040 km² terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan Narathiwat, Thailand di sebelah Utara. Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi Negeri Kelantan dengan nilai RM16.7bilion diikuti dengan sektor pertanian yang menyumbang RM5.4bilion kepada KDNK negeri pada tahun 2018. Negeri ini mempunyai 11 jajahan merangkumi Jajahan Bachok, Jajahan Kota Bharu (Ibu Negeri), Jajahan Machang, Jajahan Pasir Mas, Jajahan Pasir Puteh, Jajahan Tanah Merah, Jajahan Tumpat, Jajahan Gua Musang, Jajahan Kuala Krai, Jajahan Jeli dan Jajahan Kecil Lojing. mykelate peta negeri kelantan Faktor persempadanan Negeri Kelantan dengan Negara Thailand menyebabkan banyak aspek kebudayaan dan corak hidup negara berkenaan mempengaruhi masyarakat di Negeri Kelantan, termasuklah loghat pertuturan, makanan, pakaian dan sebagainya. Kelantan turut kaya dengan khazanah warisan bangsa yang tak lapuk di hujan dan tak lekang dek panas. Permainan hiburan tradisional rakyat iaitu dikir barat, wayang kulit, gasing, wau bulan, kertok dan rebana ubi serta seni ukiran kayu, pertukangan perak, batik dan songket terus utuh dan mampu menjadi tarikan pelancong sepanjang zaman. Sumber :
  1. Wikipedia
  2. Jabatan Perangkaan Malaysia
Tags:
Leave your comment
Comment
Name
Email